Pertahanan tengah City itu disingkirkan daripada menyertai skuad Perancis berdasarkan senarai pemain yang dipanggil oleh Didier Deschamps, Khamis lalu.

Skuad kendalian Deschamps itu akan beraksi dalam kelayakan Kejuaraan Eropah (Euro) menentang Moldova dan Iceland dilaporkan bermina untuk mendapatkan khidmat Laporte.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu berkata pada Disember lalu bahawa dia percaya Deschamps mempunyai isu peribadi dengan dirinya.

Namun, Guardiola enggan mempersoalkan keputusan Deschamps mengetepikan Laporte yang hanya pernah dipanggil menyertai skuad Perancis sekali namun langsung tidak pernah

beraksi.

Bos City itu menjelaskan dia tidak mempunyai isu dengan persembahan pertahananya itu pada musim ini.

“Tidak. Saya tidak boleh beri kenyataan kerana saya menghormati keputusan pengurus Perancis. Dia membuat keputusannya sendiri jadi saya tidak boleh masuk campur.

“Apa yang saya boleh katakan Laporte sangat menakjubkan, daripada segi bertahan dan menyerang serta sepakan bola mati. Kami gembira dengan persembahannya pada musim ini

bersama City,” kata Guardiola.

Laporte menandatangani kontrak bersama City dengan nilai 57 juta pound (RM309 juta) dari Athletic Bilbao pada Januari 2018 malah menjadi sentiasa menjadi pilihan dalam kesebelasan utama City dan turut menjaringkan empat gol pada musim ini.

Penyingkirannya daripada skuad Perancis bermakna dia boleh mendapat rehat lebih lama dalam rehat antarabangsa membolehkannya melakukan persiapan bersama City menjelang aksi suku akhir Piala FA menentang Swansea, esok.

“Saya percaya Aymeric boleh menyertai skuad kebangsaan negaranya namun bergantung kepada dia. Sekarang dia boleh berehat dan kembali berlatih,” kata Guardiola. - AFP