Perkara itu dilihat selepas skuad kendalian Ulisses Morais mudah membelasah pasukan T-Team 6-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, manakala pencabar terdekatnya, Kedah menang 2-0 ke atas Pulau Pinang dan Pahang turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Melaka United, malam tadi.

Harimau Selatan kini kukuh di persada liga dengan mengumpulkan 42 mata sekali gus hanya memerlukan lima mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga musim ini.

Sementara itu, Selangor tewaskan Kelantan 1-0, Perak menang tipis 1-0 dan Sarawak tunduk 0-1 kepada PKNS FC. UTUSAN ONLINE