Sebelah kaki The Reds kini ber­ada dalam perlawanan akhir di Kiev selepas Mohamed Salah menampailkan permainan cemerlang dengan meledak dua gol selain membantu mencipta dua lagi.

Roma kelihatan begitu rapuh di bahagian pertahanan dan gagal untuk mengekang serangan yang dilakukan Liverpool.

“Liverpool sangat kuat, jangan lupa, mereka bermain dengan cemerlang tetapi kami berjaya bermain dengan baik untuk tempoh 20-25 minit permainan bermula.

“Mereka secara konsisten me­lakukan hantaran jauh dari semua arah dan keadaan itu sangat menyukarkan untuk kami mengawal pemain-pemain yang lebih laju.

“Kami dapat rasakan bahawa mereka berjaya melepasi bahagian tengah secara menyeluruh, jadi kami tidak dapat memintas bola,” katanya.

Meskipun Roma berjaya me­nunjukkan kebangkitan luar biasa dengan menundukkan Barcelona 3-0 dalam perlawanan suku akhir kedua, De Rossi bimbang dengan aksi tidak bermaya pasukannya di Anfield.

“Perbezaan ketika menentang Barcelona ialah kami kurang bernasib baik selepas pelbagai insiden berlaku.

“Di sini kami bermula dengan baik tetapi gagal mengikut rentak permainan laju yang ditampilkan bahagian serangan mereka. Kami perlu mengatasi perkara itu dalam pertemuan kedua.

“Di Camp Nou, kami berada di dalam permainan dan boleh me­ngatasi mereka tetapi di sini kami langsung tidak mampu mengekang mereka.

“Kami masih memerlukan tiga gol. Liverpool adalah sama seperti Barcelona, jadi kami tahu peluang itu ada. Kami sudah me­lakukannya sebelum ini dan kami mampu melakukannya sekali lagi,” katanya. – AGENSI