Gyan membuat keputusan untuk bersara pada Isnin lalu selepas tidak gembira apabila mendapat tahu lilitan kapten tidak akan diberikan kepadanya berikutan kali terakhir dia beraksi bersama Ghana pada September 2017 akibat kecederaan.

Bagaimanapun, dia membuat pusingan U selepas diminta untuk beraksi dalam kejohanan tersebut yang berlangsung pada 21 Jun hingga 19 Julai ini di Mesir oleh Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo.

“Saya kekal komited untuk berkhidat bersama Ghana,” kata Gyan. - AGENSI