Guardiola menegur tingkah laku pemain tengah Southampton tersebut selepas skuad bimbingannya melakar kemenangan 2-1, minggu lepas dan Persatuan Bola Sepak (FA) England memberi tempoh kepada pengendali City itu sehingga, semalam, bagi menjelaskan insiden yang berlaku.

Pada awalnya kelihatan Guardiola berdepan Redmond untuk menegur pemain itu tentang sesuatu perkara, tetapi pengurus tersebut ketika ditemui berkata, dia hanya memuji pemain berkenaan.

Insiden tersebut kemudiannya dijelaskan oleh Redmond sendiri.

Guardiola mengakui, dia tidak sepatutnya bertemu Redmond dengan cara sedemikian rupa, tetapi gagal mengawal emosi selepas Raheem Sterling menjaringkan gol pada lewat permainan.

Persatuan Wartawan Britain melaporkan bahawa FA menerima penjelasan yang diberikan oleh pengurus berasal dari Catalan itu dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.

Guardiola cuma diingatkan agar lebih bertanggungjawab dan isu tersebut kini dianggap sudah selesai. - AFP