“Ya, dia (Foden) bersedia. Saya tahu betapa pentingnya menjadi penyokong Manchester City sama ada secara langsung mahupun tidak.

“Apa pun dia sudah bersedia, sudah tentu. Jika dia tidak bersedia, dia tidak akan berada di sini.

“Kita tengok bagaimana (sama ada dia akan diturunkan ataupun tidak. Saya perlu bermimpi sekarang,” katanya ketika ditanyakan berhubung kedudukan pemain berusia 18 tahun itu.

City perlu mengatasi pencabar terdekatnya, Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan.

Sebarang keciciran mata akan membuka peluang untuk Liverpool, yang berbaki tiga perlawanan Liga Perdana untuk menamatkan kemarau kemenangan trofi tersebut selama 29 tahun.- AGENSI