Sewaktu perlawanan tersebut penyerang kebangsaan Brazil itu telah bersedia untuk melakukan sepakan penalti namun Guardiola memberi arahan kepada Benjamin Mendy agar memberitahu Riyad Mahrez supaya mengambil sepakan tersebut.

Bagaimanapun, peluang City mendapatkan jaringan berkenaan gagal dimanfaatkan dengan baik oleh pemain sayap Algeria itu apabila bola sepakannya tersasar daripada gawang.

“Ya memang Gabriel mahu melakukannya dan saya memohon maaf.

“Sewaktu sesi latihan saya melihat Mahrez kerap melakukan sepakan penalti dan saya mahu memberikan dia lebih banyak keyakinan.

“Saya juga percaya situasi itu memberikan satu pengalaman baik buat dia dan selepas ini pasti bola rembatannya lebih tepat,” kata Guardiola. - AGENSI