Aksi terakhir City pada musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris adalah menentang Watford, Ahad dan ini juga kali pertama Guardiola gagal meraih gelaran dalam kegemilangan kariernya sebagai pengurus.

Kemenangan 3-1 ke atas West Brom sepatutnya menjamin tempat dalam kelompok empat terbaik bagi saingan Liga Juara-juara musim depan.

“Saya tidak mahu katakan tempat keempat sudah pasti ketika ini.

“Kami akan cuba untuk menamatkan aksi musim ini di tempat ketiga dan terus beraksi dalam saingan Liga Juara-juara dalam masa sama saya amat gembira dapat menamatkan saingan di tempat ketiga.

“Kelab ini sudah 30 tahun tidak beraksi di Eropah namun kini kami akan terus beraksi setiap tahun selain mencuba lebih baik lagi musim depan,” kata Guardiola. - AFP