Pengurus City membawa kesemua tujuh staf kejurulatihan ke podium pada sidang akhbar selepas perlawanan, sebagai satu simbolik hubungan erat yang terjalin kumpulan itu bagi menjadi `mastermind’ kepada persembahan antara yang paling dominan dalam sejarah liga.

Meskipun gagal menewaskan kelab yang sedang bergelut dengan prestasi, Huddersfield, City yang masih memiliki dua perlawanan berbaki berpeluang mencipta rekod baharu Liga Perdana untuk kemenangan, pungutan mata dan gol terbanyak dalam satu kempen yang sama.

Sasaran tersebut telah memberi inspirasi kepada Guardiola untuk cuba memenangi gelaran itu sekali lagi pada musim depan.

“Kami tidak boleh menafikan keseronokan mencipta rekod, tetapi ia lebih indah apabila anda menjuarai Liga Perdana.

“Kami pernah bercakap tentang perkara ini yang mana sasaran diletakkan membantu fokus kami, walaupun ia sangat sukar.

“Kelihatannya seperti mudah apabila anda memenangi perlawanan, tetapi musim depan saingan akan menjadi lebih sengit, mereka semua mahu menewaskan kami dan kami perlu fokus. Kami perlu memahami bagaimana sukarnya aksi musim depan,” kata Guardiola. - AFP