OLE GUNNAR SOLSKJAER

Solskjaer menang kesemua lima perlawanan pertama selepas menggantikan Jose Mourinho, Disember lalu dan berjaya menyamai rekod Matt Busby dengan meraih kemenangan 2-0 ke atas Reading dalam aksi Piala FA.

Pengendali Norway berusia 45 tahun yang akan mengendalikan United hingga hujung musim ini berpeluang mengatasi rekod Busby sekiranya meraih kemenangan ke atas Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Ketika ditanya mengenai Solskjaer selepas City membelasah Burton Albion 9-0 dalam separuh akhir pertama Piala EFL, Guardiola berkata: “Permulaannya lebih baik daripada saya, kami tewas perlawanan pertama dan seri dalam perlawanan kedua.

“Dia menang semua perlawanan. Dia pengurus muda dan berjaya mendapatkan keputusan cemerlang. Saya lihat perlawanan mereka beberapa minit dan mereka sangat hebat.

“Tetapi bukan urusan saya untuk bercakap mengenai orang lain, kami ada perlawanan sukar menentang Wolves selepas ini.

“Ia akan menjadi perlawanan sukar. Kami hanya ada satu hari untuk melakukan persiapan,” katanya.-AGENSI