Penyerang Perancis itu telah meledakkan dua gol pada minit ke-21 dan m-49 dan Gabi melengkap kemenangan bergaya pasukannya menerusi gol ketiga (m-89) sekali gus menghadiahkan gelaran ketiga kepada kelab dari Sepanyol itu dalam saingan Liga Europa.

Malah, ia merupakan gelaran utama pertama buat Griezmann sebagai pemain Atletico dan memberikan laluan sesuai jika dia meninggalkan kelab itu pada penamat musim.

Barcelona dikaitkan bakal menjadi destinasi seterusnya untuk saingan musim depan.

“Ini adalah anugerah buat saya selepas saya meninggalkan tempat ini pada usia 14 tahun, untuk semua kerja keras, penderitaan.

“Ada kegembiraan dan kesedihan, tetapi saya sangat gembira dan saya harap boleh merasai saat seperti ini sekali lagi,” kata Griezmann yang menghabiskan seluruh kariernya di Sepanyol dan sebelum ini menang Piala Super Sepanyol kepada beIN Sports. - AFP