Griezmann bakal meninggalkan Atletico untuk menyertai Barcelona pada musim panas ini.

Sepanjang perlawanan tersebut, penyerang berusia 28 tahun itu diejek setiap kali menyentuh bola sekalipun beraksi di tempat lawan dengan sekumpulan penyokong Atletico menyanyikan chant ‘keluar, keluar, keluar’.

Penyokong tersebut tidak putus-putus mengejek Griezmann biarpun Atletico beraksi dengan 10 pemain selepas Angel Correa dilayangkan kad merah pada minit ke-51.

Dalam saingan tersebut Erick Cabaco dan Roger Marti meletakkan tuan rumah di depan dalam separuh masa pertama sebelum Rodri serta Sergio Camello menyamakan kedudukan di babak kedua.- AGENSI