Kemenangan itu membolehkan Atletico merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Barcelona yang akan bertandang ke Las Palmas hari ini sebelum menanti ketibaan Atletico pada Ahad ini.

Penyerang Perancis, Griezmann meledak dua gol pada setiap babak sekali gus menjadi pemain pertama Atletico yang melakukan hatrik dalam aksi liga berturut-turut.

Griezmann, 26, turut menjadi pemain Atletico meledak empat gol dalam satu perlawanan sejak Radamel Falcao melakukannya pada 2012 dan itu bermakna dia sudah menjaringkan 100 gol untuk kelabnya selepas berpindah ke Madrid pada 2014. - REUTERS