Atletico akan bertandang ke Camp Nou bertemu Barcelona esok, tempat di mana dia mungkin akan berjalan keluar ke padang sebaris dengan Lionel Messi.

Barca juga hanya beberapa minggu lagi akan mengesahkan kejuaraan La Liga, mungkin kejuaraan domestik berganda termasuk Liga Juara-Juara.

Sebaliknya dia memutuskan untuk terus kekal di Atletico.

“Atletico melakukan sebaik mungkin untuk memastikan pasukan terus berkembang, ia menakjubkan. Saya tidak boleh sabar lagi, saya perlu katakan mahu kekal.” kata Griezmann ketika menolak tawaran Barca Jun lalu.

Griezmann juga berpeluang berpindah ke Camp Nou setahun lebih awal, pada musim panas 2017, ketika Manchester United yakin pemain Perancis itu menjadi milik mereka sehingga Griezmann menandatangani kontrak baharu bersama Atletico.

Sudah tentu dia boleh pergi satu ketika nanti. Saya suka melihat pemain saya berkembang .

“Jika salah seorang daripada mereka memberitahu saya mereka mempunyai peluang yang unik untuk bermain dengan pasukan tertentu selepas mereka melakukan segala untuk saya, seperti yang dilakukan Griezmann, saya akan mengatakan ia bukan masalah,” kata pengendali Madrid, Diego Simeone.

Mereka kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona, manakala Real Madrid ketinggalan 13 mata iaitu situasi sama yang berlaku musim lalu pada peringkat ini. – AFP