Kejayaan 2-0 ke atas Dortmund itu sekali gus meletakkan Atletico dalam keadaan terbaik untuk ke saingan kalah mati kejohanan itu.

“Kami mahu beraksi dengan baik terutama selepas apa yang mereka lakukan kepada kami di Jerman dan kami belajar daripada kesilapan sebelum ini.

“Kami memberikan jawapan yang baik, ada beberapa pemain mengalami kecederaan tetapi pasukan ini tetap beraksi dengan baik seperti biasa. Kami adalah Atletico.

“Kami cukup bersemangat hari ini dan kami melakukan kerja kami dengan baik dan terima kasih kepada semua yang membantu,” kata Griezmann

Mengulas mengenai Ballon d’Or: “Saya tidak tahu. Saya hanya mahu bermain bola sepak dan malam ini memberikan keseronokan kepada saya untuk terus bersama kelab.” katanya.-AGENSI