Skuad kendalian Michael Skibbe terpaksa menunggu sehingga minit ke-32 untuk membecah kebuntuan menerusi jaringan kaptan, Vasilis Torosidis sebelum penyerang, Kostas Mitroglou meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada minit ke-61 dan minit ke-63. Satu lagi jaringan dilakukan oleh Giannis Gianniotas pada minit ke-78.

Greece menamatkan kempen kelayakan Kumpulan H di tempat kedua dengan 19 mata hasil 10 perlawanan di belakang Belgium. Slovakia yang menghuni di tangga kedua dalam Kumpulan F, satu-satunya naib juara yang tidak layak beraksi di pusingan play-off.

“Matlamat saya sewaktu mengambil alih pasukan adalah layak ke Piala Dunia dan kami semakin menghampirinya walaupun perlu melalui pusingan play-off. Saya tidak tahu pasukan mana yang bakal kami hadapi,” kata Skibbe. -REUTERS