Perkara tersebut dimaklumkan oleh Liverpool dalam satu kenyataan rasmi pada hari ini selepas mendapati pemain berkenaan disahkan patah di kaki kiri ketika kelab berkenaan meraih kemenangan 3-1.

Dalam perlawanan tersebut, pemain berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama selepas dikasari pemain lawan Ben Mee.

“Liverpool mengesahkan Joe Gomez mengalami kecederaan patah di bahagian sebelah bawah kaki kiri ketika menentang Burnley,” kata jurucakap Liverpool dalam satu kenyataan hari ini. - AFP