Kemenangan ke-12 bermakna Liverpool kekal di kedudukan ke­dua yang menyaksikan mereka melakar pencapaian permu­laan musim terbaik selepas 15 perlawanan, namun Klopp men­dedahkan, dia terpaksa me­rayu ke­pada pengadil perla­wanan su­paya memberikan perlindungan kepada pemainnya daripada terjahan keras pemain Clarets, tetapi tidak diendahkan.

Joe Gomez berdepan kebarangkalian terpaksa diketepikan selepas pertahanan England itu diusung keluar padang dalam per­lawanan yang berkesudahan Liverpool meraih kemenangan 3-1 di Turf Moor,yang turut menyaksikan Reds kembali merapatkan jurang dengan Manchester City kepada dua mata di persada liga.

Gomez akan menjalani ujian imbasan pada buku lali kirinya ekoran terjahan keras oleh pertahanan tuan rumah, Ben Mee.

“Burnley mempunyai perancangan terperinci untuk beraksi secara fizikal dan agresif. Joe ditimpa kecederaan, dan mungkin masalah yang dihadapinya lebih serius. Kami akan memantau keadaannya. Setakat ini kami tidak memiliki sebarang jawapan dan kita tunggu sahaja esok (hari ini),” kata bos Liverpool itu.

Bagaimanapun, reaksi berbe­za ditunjukkan pengurus Burn­ley, Sean Dyche yang enggan mengemukakan sebarang per­mo­­honan maaf berikutan per­mai­nan kasar yang dipamerkan skuad bimbingannya, malah, sebaliknya mereka sekadar dila­yang­kan satu kad kuning.

“Saya yakin apabila saya me­rungut mengenai perkara ini akan menyebabkan saya tidak mempunyai ramai kawan di sini, tetapi itu bukan tugas saya. Saya kata (kepada pengadil) selepas kekasaran pertama, saya tidak tahu siapa yang melakukannya, tetapi ia satu terjahan keras di mana pemain berlari sejauh lima hingga enam meter untuk mendapatkan bola,” ujar Klopp. – AFP