Lebih manis, Salah melengkapkan gol ke-50 bersama Liverpool selepas berhijrah dari AS Roma pada musim lalu.

Penyerang tersebut yang menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa gol ketika menumpaskan Huddersfield 1-0 Sabtu lalu, menjaringkan dua gol pada penghujung separuh masa pertama, sebelum menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-51.

Dua lagi gol hasil ledakan Roberto Firmino dan Sadio Mane masing-masing pada minit ke-20 dan 80, sekali gus menyaksikan ketiga-tiga penyerang skuad Reds membuat jaringan buat kali pertama dalam satu perlawanan pada kempen musim ini.

“Ia bagus kerana kami mungkin sedikit sebanyak dapat menutup mulut pengkritik. Saya tiada rasa ragu-ragu, termasuk juga dia (Salah).

“Tetapi jika anda terus bertanya mengenai perkara itu, anda pasti akan terfikir bahawa dia langsung tidak berpeluang,” kata Klopp selepas tamat perlawanan.- AFP