Gol penting tersebut bukan sahaja melenyapkan sama sekali sorakan penyokong Real yang sesak memenuhi gelanggang keramat mereka iaitu Stadium Santiago Bernabeu malah turut membolehkan Barcelona merampas kedudukan pendahulu La Liga menerusi kelebihan jaringan.

Bagaimanapun Real yang mengumpul jumlah mata yang sama dengan Barcelona masih memiliki kelebihan beraksi kurang satu perlawanan. Selain gol kemenangan itu, Messi turut menjaringkan gol penyamaan di babak pertama sebelum Ivan Rakitic menjadikan kedudukan 2-1. Gol-gol Real pula dijaringkan Casemiro dan James Rodriguez. - AFP