Skuad bimbingan Arsene Wenger gagal mempamerkan permainan sebenar pada perlawanan tersebut, tetapi gol tunggal penyerang Perancis itu pada minit ke-85 telah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga selepas pemain Belgrade, Milan Rodic dibuang padang pada minit ke-85.

“Semalam, saya menyatakan bahawa tiada siapa yang akan mempersoalkan karakter kami dan kami membuktikannya pada aksi hari ini.

“Kami tahu sukar berkunjung ke sini dan saya rasa mereka belum tewas lagi di laman sendiri pada musim ini. Sebelum perlawanan lagi kami sedar bahawa aksi ini akan menjadi sengit.

“Ketika rehat separuh masa, bos (Wenger) menyatakan ‘main saja seperti biasa kerana banyak ruang yang dibuka’ dan mereka berjaya melakukannya,” kata pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere.

Arsenal yang menurunkan pertahanan kurang berpengalaman hampir dibolosi apabila tandukan Richmond Boakye yang tidak dikawal singgah di palang pada minit ke-26. - AFP