Antoine Griezmann menjadi penjaring tunggal perlawanan pertama ketika Atletico menang 1-0.

Dalam aksi La Liga sebelum ini Yannick Carrasco dan Thomas Partey gagal melakukan percubaan baik apabil sepakan mereka dari jarak 10 meter melambung ke udara ketika menang 3-0 ke atas Osasuna.

Sehingga kini Atletico gagal menyempurnakan senam sepakan penalti terakhir mereka dalam saingan La Liga.

Bagaimanapun pertahanan tengah itu memberitahu: “Ia merupakan proses individu. Kedudukan satu lawan satu, awak menentang penjaga gol.

“Perkara ini berlaku dalam bola sepak, awak boleh menjaringkan gol dan awak boleh terlepas.

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan pengurus pasukan. Jelas sekali perkara itu tidak berkaitan dengan 90 minit perlawanan sebenar. Ia hanya akan berlaku sekali dua sahaja,” katanya.-AFP