Kemenangan 1-0 ke atas Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu meletakkan Blues hanya dua mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham iaitu slot ter­akhir untuk melayakkan diri ke saingan Eropah.

Tandukan Giroud membantu Chelsea mengutip tiga mata di Stamford Bridge, malah pe­nyerang Perancis itu turut memainkan peranan besar membawa Blues melangkah ke final Piala FA.

“Saya harap saya boleh membawa tuah kepada Chelsea dalam persaingan saat akhir untuk memburu tiket Liga Juara-Juara.

“Kami tidak boleh mengawal keadaan tetapi saya mempunyai pe­ngalaman berdepan situasi se­perti ini.

“Kami perlu memberi segala-gala yang termampu dan kemudian tunggu keputusan pasukan lain. Saya sangat yakin kerana jika kami mampu menunjukkan mentaliti yang baik, perkara bagus akan berlaku,” katanya yang menyertai Chelsea pada Januari lalu.

Chelsea akan menerima kunjungan Huddersfield di Stamford Bridge esok, sebelum bertandang ke Newcastle pada hari terakhir liga, Ahad ini. – AGENSI