Pengurus dari Portugal itu membimbing Madrid pada 2010 hingga 2013 dituduh melakukan dua kesalahan terhadap perbendaharaan awam.

Pendedahan itu dibuat seminggu selepas bintang Madrid, Cristiano Ronaldo dipalit dengan skandal cukai sebanyak 14.7 juta euro (RM70.15 juta) melalui syarikat di pesisiran pantai.

Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu menafikannya malah mengugut mahu meninggalkan Sepanyol sebagai tanda protes kerana isu cukai dengan pihak berkuasa negara tersebut. - AFP