Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ghaddar sertai JDT menerusi 'bayaran tertinggi dalam sejarah'

MOHAMMED GHADDAR
MOHAMMED GHADDAR

SHAH ALAM 16 Mei - Penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar sah menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan perpindahan yang dipercayai membabitkan bayaran paling tinggi dalam sejarah bola sepak tempatan.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju melepaskan pemain berusia 33 tahun dari Lebanon itu pada jendela perpindahan kedua yang dibuka semalam, sebaik sahaja JDT melengkapkan dokumen yang diperlukan serta bayaran perpindahan yang dipersetujui.

Naib Presiden Kafa, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menegaskan, perpindahan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja mereka menerima dokumen dan bayaran yang menurutnya merupakan tertinggi dalam sejarah bola sepak tanah air.

“Berapa bayaran perpindahan saya tidak boleh umumkan kerana Kafa dan JDT telah bersetuju untuk tidak mendedahkan perkara berkenaan. Ini merupakan tawaran ketiga yang diterima Kafa dari JDT berhubung niat mereka mendapatkan Ghaddar ,” katanya dalam sidang akhbar berhubung isu berkenaan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Nasir, masalah kewangan bukan punca utama Kafa melepaskan penyerang import itu kepada JDT.

Katanya jika dilihat melalui tulisan pemain itu laman sosial, Ghaddar sendiri sudah tidak berminat untuk bermain bersama Kelantan, justeru tiada guna bagi Kafa menghalangnya daripada berhijrah ke pasukan lain.

“Kafa juga telah mengenal pasti beberapa calon pemain dari Asia Tengah bagi mengisi kekosongan kuota pemain import dari Asia berikutan penjualan Ghaddar,” katanya.

Ghaddar merupakan penjaring terbanyak Liga Super dengan 18 gol selepas 12 perlawanan.

Ditanya jika terdapat pemain lain bakal meninggalkan pasukan The Red Warriors pada jendela perpindahan pemain bulan ini, Muhammad Nasir berkata, pihaknya ada menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain yang berminat dengan pemainnya, namun, tiada perbincangan lanjut dijalankan.

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat sebarang perjanjian antara Kafa dan JDT, beliau berkata, ia tidak timbul, malah Kafa memberi kebebasan kepada JDT untuk menurunkan Ghaddar jika menentang Kelantan dalam baki perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia.

JDT sebelum ini meletakkan perjanjian dengan beberapa pemainnya yang berpindah ke pasukan lain di mana mereka tidak boleh diturunkan menentang JDT. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain