Dalam masa sama, Defoe mendedahkan, dia juga pada awalnya keliru apabila pengurus England, Gareth Southgate menghubunginya dan memberitahu penyerang Sunderland itu dipanggil semula setelah lebih tiga tahun disingkirkan daripada skuad kebangsaan.

Defoe, 35, yang mengumpul 14 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, menyertai 26 pemain pilihan Southgate untuk menentang Jerman dan Lithuania, dengan rakan-rakan di bahagian serangan seperti Wayne Rooney, Harry Kane dan Daniel Sturridge tidak tersenarai pada kali ini.

Ketika Southgate cuba menjelaskan kepada Defoe berhubung berita baik itu, pemain berusia 34 tahun tersebut berkata, dia bagaimanapun masih lagi terpinga-pinga.

“Memang sangat melucukan kerana jika anda menggunakan iPhones, mesej akan dipaparkan di skrin, namun anda tidak dapat lihat mesej sepenuhnya.

“Saya hanya nampak namanya. Selepas itu saya terfikir, ‘Gareth? Saya tidak kenal Gareth, Siapa dia?’ Jadi saya letak semula telefon saya.

“Tidak lama selepas itu, baharu saya lihat mesej sepenuhnya, ‘Hai Jermain, saya Gareth Southgate, boleh saya hubungi anda apabila anda mempunyai masa terluang?’

“Kemudian saya cakap, ‘Ya boleh, tiada masalah, kemudian kami terus berhubung. Saya agak terkejut setelah saya dipilih semula menyertai England,” katanya kepada laman sesawang rasmi Sunderland. - AGENSI