Gareca membawa Peru ke Piala Dunia pertamanya dalam tempoh 36 tahun di Rusia, tetapi gagal mara ke peringkat kalah mati. Pasukan itu kalah kepada Perancis dan Denmark selain menewaskan Australia.

Dalam sidang akhbar hari ini, jurulatih itu berkata, kontraknya boleh dilanjutkan sehingga akhir kejohanan di Qatar jika Peru layak sekali lagi.

Pengendali berusia 60 tahun itu muncul jurulatih skuad kebangsaan Peru paling lama berkhidmat setelah menyertainya sejak 2015.

Peru mengesahkan mereka telah merangka perlawanan persahabatan menentang Belanda dan Jerman pada September ini manakala Chile Oktober depan.

Ujian sebenar Peru adalah di Copa America di Brazil tahun depan.- AGENSI