Tok Gajah adalah gelaran yang digunakan oleh pasukan Pahang dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Gambar tersebut tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu menyebabkan khabar angin semakin bertiup kencang bahawa Liridon menyarung jersi Tok Gajah.

Para penyokong Tok Gajah pula sudah tidak sabar menunggu khabar gembira itu daripada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Bagaimanapun, kelibat Liridon tidak kelihatan pada perlawanan pertama pramusim antarabangsa di Bangkok, Thailand ketika berdepan Visakha FC semalam.

Menurut sumber, Pahang memang berhasrat untuk mendapatkan khidmat Liridon bagi mengisi kouta pemain import.

Setakat ini belum ada pengumuman rasmi daripada pihak PBNP mengenai senarai pemain import baharu.

Liridon yang tidak menyambung kontraknya bersama Kedah telah menolak tawaran Perlis untuk kekal sebagai status bebas daripada mana-mana pasukan.

Pemain tengah kelahiran Kosovo itu mencipta nama dalam Liga M setelah bersama Kedah selama empat musim sejak 2015. - UTUSAN ONLINE