Pemain Itali itu kembali ke kelab yang dia pernah beraksi bersama pada 2013-2015 dengan nilai perpindahan sekitar 12 juta euro (RM56.3 juta) dan dilaporkan dia memiliki kontrak sehingga 2023.

Saints dikatakan membayar 17 juta euro (RM79.78 juta) kepada Napoli untuk khidmat Gabbiadini pada Januari 2017 dan dia berjaya memulakan kerjaya dengan baik di England.

Dia menjaringkan enam gol dalam empat penampilan pertama bersama kelab dan ia dilihat sebagai pembelian yang berbaloi pada awalnya.

Bagaimanapun, dia hanya menjaringkan enam lagi gol selepas 56 perlawanan di bawah kendalian Claude Puel, Mark Hughes dan Ralph Hasenhuttl.

Gabbiadini menyertai semula Sampdoria yang kini berada di kedudukan ketujuh Serie A dan sedang memburu slot ke saingan Liga Europa.-AGENSI