Pada perlawanan yang berlangsung dalam cuaca bersalji, telah memberi kelebihan kepada tuan rumah untuk mendahului selesa 3-0 hanya dalam tempoh 30 minit.

Lukas Kluenter meledakkan gol pembukaan selepas lapan minit perlawanan bermula, sebelum penyerang Perancis, Sehrou Guirassy menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-16.

Pemain tengah Freiburg, Caleb Stanko menjaringkan gol sendiri yang menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-29 bagi meletakkan Cologne berada di landasan tepat untuk mengukir kemenangan pertama mereka musim ini.

Bagaimanapun, bekas penyerang Bayern, Petersen kembali menghidupkan peluang Freiburg apabila merapatkan jurang gol pada minit ke-39 menerusi sepakan voli yang cantik sebelum separuh masa pertama berakhir.

Selepas sejam perlawanan berlangsung, pemain tengah, Janik Haberer membangkitkan semangat Freiburg menerusi tandukannya hasil sepakan sudut.

Petersen kemudiannya menyempurnakan dua sepakan penalti yang diberikan pengadil kepada Freiburg pada minit ke-90 dan ke-95 bagi menghadiahkan kemenangan yang cukup bermakna buat pasukan pelawat itu. - AFP