Pemain Belanda itu diejek oleh penyokong tuan rumah ekoran perpindahannya ke Liverpool dengan catatan 75 juta pound sekali gus menjadikannya pemain pertahanan paling mahal di dun, namun ejekan itu tidak menjejaskan peranannya untuk mengekang jentera serangan The Saint.

Hasilnya dengan bantuan jaringan oleh Firmino dan Salah, Liverpool kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris mengetasi Tottenham Hotspur dengan kelebihan dua mata.

Kedua-dua gol itu dijaringkan pada separuh masa pertama di mana anak-anak buah Jurgen Klopp bertindak awal untuk memastikan kemenangan selesa. - AFP