SEPANG 11 Ogos 2017-Jurulatih Pasukan bolasepak Filipina ,Marlon
 

Tambah jurulatih berusia 52 tahun itu, biarpun Thailand menjadi pasukan pilihan untuk memburu gelaran hatrik pada edisi kali ini, namun beliau percaya skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee masih merupakan pasukan pilihan selepas menunjukkan prestasi menakjubkan sejak kebelakangan ini.

“Thailand merupakan pasukan yang mantap tetapi saya memilih Malaysia kerana berdasarkan sejarah Malaysia selaku tuan rumah mempunyai peluang yang cerah untuk ke final dan seterusnya merangkul pingat emas temasya dwitahunan itu.

“Lagipun, Malaysia telah menampilkan persembahan yang baik sejak kebelakangan ini dan saya tidak ragu-ragu dengan kemampuan pasukan tuan rumah,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Marlon berkata, pasukan Filipina meletakkan sasaran layak ke peringkat separuh akhir pada temasya sukan ini biarpun bakal berdepan cabaran sengit daripada Vietnam, Laos, Myanmar, Brunei dan Timor Leste dalam saingan kumpulan B.

Sementara itu, Malaysia bakal bersaing dalam kumpulan A bersama-sama Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja.

Mengulas lanjut Marlon berkata, prestasi pemainnya kini dalam keadaan lebih baik berbanding edisi lepas di Singapura pada 2015 selepas mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Jepun dan Kemboja sebelum bertandang ke sini.

“Kita semua tahu Filipina berada dalam kumpulan maut bersama dengan Vietnam dan Myanmar, tetapi kita akan hadapi permainan demi permainan.

“Matlamat utama kami tahun ini layak ke separuh akhir, selepas gagal pada edisi lepas,” kata Marlon yang merupakan bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan Filipina.