Pemain antarabangsa Perancis itu dilaporkan dijual oleh Juventus dengan harga AS$111 juta (RM480.63j) pada Ogos 2016.

Pengesahan mengenai siasatan itu dibuat susulan daripada pendedahan yang dibuat media Perancis baru-baru ini bahawa FIFA sudah memulakan siasatan dalaman. Bagaimanapun dalam laporan itu tidak di­sebut bentuk siasatan sedang dilakukan serta aspek perpindahan yang dipertikaikan.

Pogba, 24, sebelum perpindahan kontroversi itu pernah memulakan karier di United tetapi hubungan dinginnya dengan pe­ngendali pasukan ketika itu Alex Ferguson telah menyebabkan dia dijual kepada Juventus hanya selepas membuat tiga penampilan sahaja bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Kecemerlangannya bersama Juventus sehingga berjaya membantu kelab Itali itu muncul juara liga Serie A antara 2012 hingga 2016 membuka mata United untuk mengambilnya semula menerusi perpindahan termahal di dunia.

Walaupun gagal membantu Juventus menjuarai Liga Juara-juara Eropah pada 2015 selepas tumpas 1-3 kepada Barcelona dalam perlawanan akhir, United yang dibimbing Jose Mourinho nekad membelinya pada 2016 dengan cara yang kini akan disiasat FIFA tidak lama lagi. – AFP