Negara tuan rumah dijangka dilantik oleh jawatankuasa eksekutif FIFA pada Disember 2010, lebih kurang enam bulan selepas mereka menunjukkan kesungguhan dengan menyerahkan bidaan lengkap.

Negara Amerika Selatan tidak dibenarkan bagi menganjurkan kedua-dua kejohanan itu memandangkan Brazil dijadualkan menganjurkan Piala Dunia pada 2014, manakala negara Afrika dilarang daripada menganjurkan kejohanan 2018 selepas Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun depan.

Jepun sudah pun menunjukkan minatnya bagi 2018 atau 2022.

Badan induk itu membuka bidaan kepada kesemua gabungan benua yang besar pada 2007, menamatkan amalan kebelakangan ini dengan menggilirkan kejohanan itu di kalangan mereka.

Bagaimanapun dalam surat itu, Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke mengingatkan bahawa jika sebuah negara dari sebuah gabungan berkenaan menganjurkan kejohanan itu pada 2018, negara lain di rantau itu akan terkeluar daripada menjadi tuan rumah kejohanan berikutnya.

Negara tuan rumah mesti mampu menyediakan kira-kira 12 stadium dengan sekurang-kurangnya

40,000 dan 80,000 tempat duduk bagi perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir di samping kemudahan komunikasi, pengangkutan dan penginapan yang termaju.

- AFP