Kane meneruskan persembahan cemerlangnya musim ini apabila menerajui senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila meledak 23 gol.

Aksi konsisten membuatkan Kane membuatkannya menjadi antara penyerang idaman semua pasukan dan Ferdinand yang beraksi bersama Spurs dari 1997 hingga 2003 berasakan kelab yang berpangkalan di London itu tidak akan dapat menolak jika mereka menerima tawaran tinggi buat penyerang berusia 24 tahun itu.

“Apabila anda mempunyai bakat sebegitu, pasukan lain akan datang. Mampukah Spurs menolak tawaran mereka?.

“Mereka akan berpindah ke stadium baru pada tahun depan, jadi sudah tentu mereka mahu mengekalkan khidmat Kane tetapi pasukan mana yang datang untuk mendapatkannya akan menentukan sama ada dia kekal atau tidak,” kata Ferdinand.

Kane muncul selaku penjaring terbanyak sepanjang dua musim lalu dan Ferdinand yakin penyerang England itu akan sekali lagi merangkul anugerah tersebut, sekali gus mengatasi cabaran pemain Liverpool, Mohamed Salah.

“Jika anda melihat kepada prestasi penyerang di England, tidak syak lagi bahawa Kane merupakan yang terbaik. Dia membebaskan dirinya daripada sebarang kecederaan dan itu faktor utama. Kane menjaringkan gol menggunakan kaki kiri, kaki kanan dan kepala, tidak kira dari dalam atau luar kotak penalti.

“Berdasarkan prestasi menyeluruh, Salah muncul yang terbaik bersama Liverpool dan dia bakal memberi cabaran kepada Kane,” tambah Ferdinand.

Spurs kini menduduki tangga kelima liga, dibezakan satu mata dengan pasukan tangga keempat, Chelsea, namun Ferdinand yakin Mauricio Pochettino akan membimbing anak buahnya layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk musim ketiga berturut-turut. - AGENSI