Itu bermakna, skuad The Fighters yang menunjukkan prestasi konsisten sejak beberapa musim ini terpaksa menerima hakikat turun ke Liga Perdana, umum Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Kevin, pihaknya amat kesal dengan kegagalan Felda United memenuhi syarat untuk mendapat lesen

“Dengan itu Felda United turun ke Liga Perdana, manakala Negeri Sembilan dan PKNP FC akan ditawarkan bermain di Liga Super musim depan dan secara lisan mereka bersetuju menerima tawaran itu.

“Kita akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat,” kata Kevin kepada pemberita. - UTUSAN ONLINE