Penyerang import dari Brazil, Gilberto Fortunato muncul wira The Fighters apabila meledak dua gol pada minit ke-12 dan sepakan penalti minit ke-20, sebelum pemain gantian, Christie Jayaseelan meledak gol ketiga tuan rumah ketika permainan berbaki lima minit.

Skuad kendalian B. Sathianathan itu kekal di tangga teratas dengan mengutip sembilan mata maksimum hasil daripada tiga kemenangan berturut-turut. - UTUSAN ONLINE