Penyerang Tampines Rovers, Khairul Amri muncul wira pasukan apabila meledak dua gol untuk membolehkan wakil dari Singapura itu membawa pulang tiga mata dengan bergaya.

Ketiga-tiga gol Tampines Rovers dijaringkan oleh Ivan Dzoni pada minit ke-29 dan Khairul Amri pada minit ke-69 dan minit ke-71 manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-51.

Kekalahan itu bermakna skuad bimbingan B. Sathianathan tersingkir daripada kejohanan tersebut selepas menduduki tangga tercorot dengan lima mata setelah lima perlawanan. - UTUSAN ONLINE