Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi lebih berhati-hati pada separuh masa pertama dan gagal memecah kebuntuan jarian.

Bersambung babak kedua, tuan rumah mula mencorakkan serangan lebih bertenaga dengan penguasaan bola yang lebih banyak berbanding pelawat.

Gilberto Fortunato mempunyai peluang untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-73 namun tandukannya ditepis keluar oleh penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Pelawat melakukan serangan balas tiga minit kemudian namun penyerang importnya, Yahor Zubovich gagal mengawal bola dengan kemas di hadapan gawang dan berjaya tangkap kemas oleh Mohd. Farizal Harun.

Penyerang Felda United, Thiago Augusto mempunyai peluang keemasan pada minit ke-81 namun rembatannya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila perlawanan berkesudahan tanpa jaringan. - UTUSAN ONLINE