Menurut laporan majalah minggguan sukan Sepanyol, Don Balon, Fekir merupakan sasaran utama Liverpool, musim panas ini, dan pemain antarabangsa Perancis itu dikatakan telahpun bersetuju dengan syarat peribadi bersama Reds.

Difahamkan juga, Liverpool sepatutnya tidak bermasalah untuk membayar 59 juta pound (RM316 juta) ataupun meyakinkan Lyon agar menjual Fekir.

Dalam masa sama, Don Balon menambah, Real Madrid juga bersedia mengorak langkah bagi mendapatkan Mane, yang sedang mengharungi musim cemerlang di Anfield, memandangkan Fekir dilihat sebagai pengganti sesuai bintang antarabangsa Senegal itu.

Bagaimanapun, sukar untuk membayangkan Liverpool akan melepaskan dengan mudah Mane, dengan pemain berusia 26 tahun itu berjaya membuktikan dia sebagai penyerang yang lebih dipercayai berbanding Mohamed Salah dan Roberto Firmino, musim ini.

Mane kini adalah penyerang yang menjadi kepercayaan Jurgen Klopp, maka, tidak menjadi kehairanan prestasi baiknya itu turut menarik perhatian Real.

Sememangnya menarik untuk menyaksikan, jika khabar angin penyertaan Fekir itu mampu menggugat pendirian Liverpool terhadap Mane, tetapi Don Balon menegaskan, kelab gergasi Sepanyol itu bersedia berbelanja besar demi mendapatkan khidmat bekas bintang Southampton tersebut. - AGENSI