FAS menjadi persatuan bola sepak negara keenam yang secara sukarela membuat IBR bagi memastikan mereka bebas dan bersih daripada segala bentuk rasuah, salah guna kuasa serta penyelewangan.

Presidennya, Datuk Posa Majais berkata, ikrar tersebut melibatkan kesemua warga persatuan termasuk empat pasukan iaitu Senior, Presiden, Belia dan FA Kuching.

“Kita berkeyakinan dengan wujudnya ikrar ini sebagai indikator bagi melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berprestasi tinggi, berkualiti dan berintegriti.

“Inisiatif ini juga diharap dapat memelihara dan meningkatkan keyakinan rakyat serta seluruh peminat terhadap bola sepak Sarawak,” katanya berucap pada Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah FAS, di Stadium Negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah SPRM negeri, Datuk Badrul Shah Norman dan Setiausaha Agung FAS, Razali Dolhan. - UTUSAN ONLINE