Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

FAP akhirnya singkir Westwood

GEORGE TOWN 19 Mac – Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta-merta oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang dalam persaingan Liga Super musim ini.

Ashley Westwood
Ashley Westwood

Presiden FAP, Zairil Khir Johari berkata Westwood telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya selepas bekas pemain Manchester United itu dilantik untuk tempoh dua tahun mulai Januari lepas.

“Saya bagi pihak FAP merakamkan penghargaan atas khidmat dan usaha beliau selama berada de­ngan pasukan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya, FAP telah melantik pembantu ketua jurulatih Darren Read untuk memangku jawatan itu sehingga pelantikan ketua jurulatih baharu diumumkan dalam masa terdekat.

Pulau Pinang kini menduduki anak tangga tercorot Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan tanpa menang dengan hanya mengumpul dua mata.

Mencatatkan dua keputusan seri dengan Melaka United dan PKNS dan enam tewas me­nyaksikan Pulau Pinang muncul pasukan tunggal dalam Liga Super musim ini yang masih belum mencatatkan kemenangan.

Di bawah bimbingan Westwood, skuad Harimau Kumbang hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan setakat ini iaitu menewaskan MPKB-BRI 1-0 dalam pertandingan Piala FA Februari lepas.

Pulau Pinang kemudiannya tersingkir daripada pertandi­ngan itu selepas tewas 4-1 kepada Negeri Sembilan dalam pusingan ketiga 11 Mac lalu. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain