Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusof Mahadi berkata, rekaan piala baharu itu membawa elemen tersendiri sejajar dengan peningkatan nilai sukan bola sepak di negara ini.

“Piala ini berkonsepkan futuristik dan elegan, direka seperti figura meraikan kejayaan mengungguli liga.

“Trofi baharu ini menjadi petanda era baharu bola sepak Malaysia dan bakal menjadi aspirasi bagi kesemua 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super,” katanya ketika menghadiri Majlis Memperkenalkan Trofi Liga Super di Hotel Thistle, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE