Menurut Setia­usaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin semua hadiah wang kemenangan Liga Super dan Liga Perdana musim lalu telah diagihkan kepada pemenang pada 30 Disember 2016 de­ngan jumlah keseluruhan RM2.025 juta.

Katanya lagi, FAM juga telah menghapuskan geran tahunan kepada setiap pasukan bermula musim 2016 apabila Liga Malaysia diswastakan dengan kesemua pasukan telah diberi hak sebagai rakan kongsi liga dan mendapat sejumlah peratusan daripada pendapatan hak-hak penyiaran dan komersial sebanyak 40 peratus iaitu agihan hak-hak penyiaran dan komersial di atas pe­nyertaan dalam liga.

“Bagi musim 2016, sekitar RM41 juta telah diterima daripada hak-hak siaran serta komersial dan 40 peratus daripadanya perlu diberikan kepada pasukan-pasukan iaitu sekitar RM16.4 juta.

“Namun semua pasukan sudah pun diberikan sejumlah RM18 juta iaitu RM1 juta bagi setiap pasukan Liga Super (12 pasukan) dan RM500,000 bagi setiap pasukan Liga Perdana (12 pasukan) serta tambahan RM2.025 juta untuk hadiah kemenangan.

“Memandangkan jumlah per­untukan agihan hak-hak penyiaran dan komersial untuk pasukan-pasukan hanyalah sebanyak RM16.4 juta sedangkan jumlah sebenar yang telah diberikan kepada mereka adalah sebanyak RM20.025 juta, maka FAM telah mendahulukan pembayaran sebanyak RM3.625 juta kepada pasukan-pasukan bagi pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).