Mat Sport
Mat Sport

Mat dah agak FAM akan terima padahnya. Cuma Mat terkejut ke­rana masih ramai ada penyokong di negara ini yang sanggup ‘menganjingkan’ pasukan lawan.

Mat ingatkan musim menghina pasukan lawan dah habis sebab mereka belajar daripada kesilapan lalu, yang mana FAM banyak rugi sebab pernah banyak kali didenda ekoran tingkah laku penyokong.

Nampaknya mereka tak belajar daripada kesilapan. Anda rasa berbaloikan nilai ‘anjing’ AS$30,000? Wajar tak hukuman ini untuk masa depan bola sepak negara?

Hukuman denda RM127,000 oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hanya kerana kesalahan penyokong Malaysia yang ‘menganjingkan’ pasukan Brunei dan Singapura menerusi chant dalam Sukan SEA Ogos lalu memang tidak patut bagi Mat.

Nilai denda tersebut mungkin tidaklah banyak bagi anda, tapi bagi Mat, duit itu boleh disalurkan kepada pembangunan bola sepak Malaysia.

Ayuh penyokong Malaysia, nak menang tak perlu provokasi. Itu bacul namanya. Setiap pasukan yang bertanding datang atas dasar persahabatan sesama negara ASEAN.

Mengapa perlu mengeji sedangkan kita boleh bersaing secara baik?

Apa pun Mat harap FAM tabah dengan ‘salakan’ penyokong tanah air, anggap ia sebagai pemang­kin untuk terus berjaya memartabatkan bola sepak ke persada dunia.