Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

FAM ada perancangan tersendiri - Khairy

KUALA LUMPUR 15 April – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin percaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memiliki perancangan tersendiri bagi menangani konflik tingkah laku barisan EXCO terdahulu yang boleh mengakibatkan badan induk itu kehilangan RM34 juta.

 

Khairy juga yakin bahawa FAM sudah mempunyai perancangan audit bagi memastikan kewangan badan induk itu dapat diperkukuh­kan.

“Saya percaya FAM ada perancangan daripada audit yang sedang dijalankan. Saya juga percaya badan induk itu mempunyai perancangan bagi memastikan kedudukan kewangan FAM dapat diperkukuhkan lagi,” katanya selepas meluangkan masa menghadiri Program Jalan Amal The Rock Walk 2017 Kempen Kesedaran Austisme di Evolve Concept Mall, Ara Damansara di sini, hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, Presiden FAM yang baharu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata badan induk itu berdepan risiko perlu membayar hingga RM34 juta sebagai ganti rugi kepada dua syarikat. Beliau berkata, FAM mungkin terpaksa membayar RM25 juta jika kalah kes pertama kepada MP & Silva iaitu syarikat yang dilantik sebagai penasihat global FAM dalam menjana keuntungan selain menjadi perunding untuk memilih penyiar rasmi Liga Malaysia musim 2015. FAM juga berdepan risiko terpaksa membayar RM9 juta kepada sebuah syarikat bagi menguruskan pembangunan skuad Harimau Muda yang menimba ilmu di Slovakia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain