Faiz Subri selamat tiba di KLIA
FAIZ SUBRI

Beliau yang bertolak dari Zurich, Switzerland dengan menggunakan pesawat Emirates, EK88 pada pukul 2.35 petang waktu tempatan transit terlebih dahulu di Dubai sebelum tiba di KLIA di sini.

Kehadiran Mohd. Faiz bersama ahli keluarganya dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah disambut meriah oleh ratusan penyokong bola sepak tempatan yang telah setia menunggu sejak pukul 2 petang lagi.

Yang hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan pegawai-pegawai FAM.

Kejayaan Mohd. Faiz mengharumkan nama negara turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) yang menyampaikan anugerah sebagai rakyat Malaysia pertama menerima anugerah FIFA.

Mohd. Faiz bersama keluarganya kemudiannya bertolak ke Pulau Pinang dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines, MH1162 pada pukul 7 malam dan dijangka tiba pada pukul 7.55 malam hari ini. - UTUSAN ONLINE