Sepakan bebas Faiz yang melencong dan dikatakan ‘menentang hukum graviti’ ditonton oleh lebih 4.3 juta pengunjung Youtube, sebelum dinobat sebagai gol tercantik dunia.

Begitupun, dua tahun berlalu, Faiz yang bakal menginjak 32 tahun pada 8 November tidak mempunyai sebarang pasukan untuk diwakili dalam Liga Super, dan dia menggunakan sepenuhnya tempoh ‘berehat’ untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

FAIZ SUBRI berkongsi kelahiran anak perempuannya dalam media sosial,
FAIZ SUBRI berkongsi kelahiran anak perempuannya dalam media sosial, kelmarin.

“Saya terpaksa menangguh seketika untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia kerana mahu menguruskan persekolahan anak sulung yang memasuki tahun satu dan beberapa hal lain membabitkan keluarga.

“Sebenarnya saya ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan Liga M tetapi terpaksa menangguhkan seketika. Selagi boleh bermain, saya akan terus bermain bola sepak kerana saya begitu mencintai sukan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, dengan keha­diran cahaya mata ketiga iaitu bayi perempuan semalam menjadi antara faktor dia mengambil keputusan berkenaan.

“Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah, anak perem­puan, kehadiran anak ketiga ini juga menjadi salah satu faktor,” ujarnya ketika berkongsi kelahiran keluarga baharu dalam Instagram semalam.