Pemain tengah itu menyertai Liverpool dari Monaco, musim panas lalu, dan meskipun bermula perlahan, dia kini menjadi salah seorang tonggak di kelab tersebut.

Fabinho telahpun melakukan 25 penampilan sepanjang kempen ini, dan menjadi aset berharga yang bukan hanya boleh beraksi di posisi tengah, tetapi juga selaku pemain pertahanan.

“Dia kini semakin serasi dengan posisinya. Dia seorang budak yang baik dan juga sangat bijak. Fabinho sentiasa mahu melakukan sesuatu perkara itu dengan betul. Terdapat beberapa perubahan yang berlaku kepadanya iaitu dari segi kelajuan dan juga kefahamannya terhadap taktikal permainan.

“Tetapi tidak banyak yang perlu dilakukan perubahan. Kadang kala anda hanya perlu membiarkan pemain terbabit menyesuaikan diri secara semula jadi dan tidak membebankannya dengan terlalu banyak informasi. Ia akan berubah dengan sendiri,” kata Klopp.

Liverpool bakal berdepan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, esok. - AGENSI