FA meminta Mourinho menjelaskan ‘pemerhatiannya’ terhadap komen yang dibuat pada 8 Disember lalu dalam temu bual menjelang perlawanan itu yang mana United tewas 1-2.

Ketika sidang media sebelum perlawanan itu, Mourinho mempertikaikan kemampuan City untuk terus bertahan dengan berkata: “Mereka mudah untuk jatuh”

Dia khuatir jika dibenarkan membuat kenyataan berbaur politik seperti rakan sejawatannya, Pep Guardiola yang memakai riben kuning sebagai protes terhadap aktivis politik pro kemerdekaan di Catalunya yang dipenjarakan.

FA sudah menyiasat insiden selepas perlawanan itu yang mana Mourinho dibaling dengan susu dan air apabila beliau dilaporkan merungut terhadap City yang meraikan kemenangan mereka di bilik persalinan Old Trafford yang disifatkan sebagai keterlaluan. - Reuters